Kalau mengikut katanya, akan ke Hanoi dia pagi ini dan pulang semula ke Kuala Lumpur malam nanti. Selepas itu, bermulalah cuti tahunannya selama seminggu..
Lantas saja tanganku mencapai handphone di tepi meja; ingin sekali aku menghubunginya. Mengucapkan selamat berangkat dan memberitahu dia betapa aku terlalu asyik memikirkan dirinya. Rinduku padanya semakin menebal dan menjadi-jadi.
Tidak aku fahami sendiri mengapa wajahnya sering menganggu fikiranku. Terbayang-bayang senyumannya yang manis dan raut wajahnya yang tampan menawan itu. Segalanya tergambar jelas terperinci dapat ku amati.
Akan tetapi, adakah dia juga begitu... memikirkan diriku setiap masa dan ketika, sama seperti aku yang memikirkan dirinya?
Aku tahu, aku sedar, dia juga mempunyai peminat yang lain...
Memuja, dan mendambakan kasihnya.
Aku hanyalah salah seorang daripada mereka. Ada berjuta yang boleh dipilihnya, masakan aku akan menerima layanan paling istimewa darinya.
Aku sendiri rasakan tidak. Dalam berjuta, dia boleh saja memilih yang terbaik untuk dirinya.
Handphone yang ku capai tadi, ku letakkan kembali. Namun aku amat merinduinya. Begitu rindu. Menanggungnya, sakit sekali ku rasakan.
Argh!! Aku tak daya melawan perasaan. Pantas ku genggam kembali handphone dan lantas sahaja jari jemariku menaip,..Have a good flight, Thanx for the lovely time yesterday!
Ringkas sahaja pesanan yang ku hantar. Aku gembira.
Aku meneruskan rutin harian. Baju perlu dicuci. Lantai perlu disapu dan cadar perlu ditukar. Tiba-tiba,...
Kau terlalu istimewa, kasih dan sayangmu....
Nada deringan pesanan masuk henfonku berbunyi.[You have 1 message]
Assalamualaikum. Ok nanti apa-apa sms ok? TQ for the wish.
Ahaks! Yey! At that moment, aku pasti aku tak bertepuk sebelah tangan.
Jam tepat 7.30 malam.
"Kalau u nak I ambil u dan kita dinner sesama, U naik KLIA Transit dan turun kat Putrajaya. I tunggu u kat situ"
"Its ok. I dah amik transport terus balik rumah pun. Nanti sampai rumah I let you know" pesanan balas darinya yang ku terima.
Sejam kemudian.
"I dah sampai umah. Datangla sekarang!"
Terus aku memecut laju ke Bandar Tasik Selatan. Tak perlu aku menunggu lama, GK telah sedia menungguku di bawah apartmentnya. Dari jauh sudah diukirkan senyuman manisnya untukku. Riang sekali.
"Nak kemana nie? Apa plan?", dia bertanya sebaik sahaja memasuki kereta.
"Apa kata kita beli pizza dan lepak tengok TV kat umah saja" cuba-cuba aku memancingnya.
"Okeh! Sweet! Tapi you, i nak g Maybank dulu nak bank in duit to my sister. Boleh kan?". Manja sekali pintaannya.
"Boleh saja. No hal!"
Laju sahaja aku memandu menuju ke Domino's Pizza di Sungai Besi Indah. Dah lama sangat rasanya tak makan Aloha Chicken. Ada beberapa keluarga Arab sedang menikmati pizza di sana ketika itu namun restoran tersebut agak lengang.
"Saya nak Regular Thin Crust Aloha Chicken take away. Itu saja"
Mudah saja aku membuat pesanan. Setelah siap pizza kami dibungkuskan, segera kami beredar.
Aku terus memandu menuju pula ke Maybank Sri Serdang. Jam di tangan waktu itu menunjukkan jam 10 malam. Lebar benar senyuman GK setelah keluar dari Maybank tu. Aduh, manis sekali. Namun terlihat tanda-tanda kepenatan setelah pulang dari bertugas. Dia lekas memasuki kereta,
"Thanx dear". Katanya lantas mencium pipiku. Aku kaget kerana agak ramai orang di situ dan pasti ada yang ternampak perbuatannya . Tidak mahu menunggu lama, kereta kami bergerak dari situ.
Tiba di rumah jam sudah menunjukkan pukul 10 setengah malam. Alamak! Desperate Housewives. Meninggalkan GK yang masih di luar rumah, aku segera masuk ke dalam membuka TV. Siaran iklan... nasib baik.
"Ehem! Ehem! Aiks!~ Tak nak jemput masuk ke?"
"Ohhhhhhhhhhhhhhhhh!! Sorry!! Please come in. Alah, u nie, tak perlu tunggu i jemput, masuk jer...." Kataku cuba menutupi perasaan malu tidak mempelawanya masuk.
"Oh! Desperate Housewives di TV. Patutla lupa kat I, lupa kat Pizza nie. Nak letak mana?" Sinis sindirannya sambil mengangkat bungkusan plastik yg mengandungi pizza yg baru kami beli sebentar tadi. Fahamlah dia kenapa aku ingin lepak di rumah saja dan tidak kemana-mana.
"Letak sini jer.... Kita makan sambil tengok TV... Jap i amik air".
Kami sekadar berbual-bual ringan sambil menonton TV. Dari satu rancangan hinggalah beralih siaran. Asyik leka bersama, masa aku rasakan berlalu dengan pantas sekali. Sekejap sahaja rasanya jam berubah ke pukul 4 pagi.
"Tido sini?" aku memujuk lembut.
"Errrr... Eh! I kena balik. Tak boleh tak balik.. Nanti ada yang mengadu."
"Apa, i tak fahamlah.... Napa lak nak balik?"
"My housemates, kawan-kawan my bf. Kalau I tak balik nanti, sure derang akan bagitau bf I..... susah i nanti".
"........."
Aku kelu. Pujaan hatiku milik orang.TAMAT
P/s : Feeling-feeling bagai nak rak berhari-hari, silap sendiri tak confirm dari awal, dah ada BF rupanya. Patah hati, gigit jari.... *Melepas!~
Aduh! Aduh! Aduh!
ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"
[5/07/2009 01:33:00 PM
|
]


