| 70 Comments ]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bismilahirahmanirrahim,...



Assalamualaikum,...
Salam sayang u ols,...

Kebiasaannya, ADam akan merujuk Wikipedia untuk mencari sesuatu info, maklumat, fakta, mahupun data mengenai sesuatu perkara. Biasanya, tidak menghampakan, apa yang dicari di situ pasti terjumpa. Wikipedia tak pernah mengecewakan.

Di kala ADam BERDIAM DIRI ini, ADam sebenarnya mengumpul info mengenai maklumat peribadi insan bernama MAZIDUL AKMAL SIDIK. Namun di Wikipedia tidak pula terdapat maklumat mengenai Mazidul. Ini amat-amatlah menghairankan ADam.

Kepada pembaca yang budiman,

Tidak terdapat banyak info mengenai Mazidul di internet ini.

Maka, dengan rasa rendah diri, ADam amat berharap kepada sesiapa yang sudi berkongsi info, maklumat, fakta dan data mengenai Mazidul termasuklah kes dadah dan kes penceraiannya dahulu.

ADam juga amatlah berbesar hati dan gembira sekiranya pembaca budiman dapat juga bercerita kisah-kisah Mazidul di zaman kanak-kanak, remaja, pelajar dan dan juga sebagai wartawan TV3.

Sekiranya terdapat pautan halaman web merujuk kepada kisah hidup Mazidul, sudilah kongsikan sekali bersama. Namun, hanya satu permintaan ADam seperti biasa.

Gunakanlah penulisan yang sopan dengan gaya bahasa yang baik.

Elakkan daripada menggunakan ayat-ayat yang bunyinya seakan mencerca.

Maklumat/info yang diberikan biarlah tepat, jitu, jelas, terang dan padat.

Sebagai contoh, di bawah ini adalah artikel tulisan Kak Pora (Jeling Kak Pora) pada Dec 7th, 2008, di akhbar sisipan Berita Harian, B*Pop.

(*Artikel Jeling Kak Pora ini juga boleh dibaca di dalam ruangan komentar entrie ini.
Terima kasih Kak Pora.)

Tujuan ADam membuka entri ini bukanlah bertujuan atau berniat jahat tetapi sekadar ingin mengumpul maklumat memandangkan terlalu sedikit info, maklumat, fakta dan data yang dapat ADam kumpul di Internet mengenai Mazidul.

Sebelum ADam undur diri, mohon permisi; telebih dahulu ribuan terima kasih ADam ucapkan kepada yang sudi berkongsi.

Wassalam,..

Gambar ini telah pun ADam sunting terlebih dahulu. Hairan, apa tidak bolehkah Mazidul menyunting terdahulu gambar ini seperti ini? Fikirkanlah!

P/S : Sempena 1 Ramadhan bulan yang mulia ini, Mazidul DENGAN BANGGAnya telah mempamerkan gambar Ellen deGeneres (ejaan namanya yang betul) dan Portia de Rossi sedang berkucupan di blognya. Berani sungguh dia mencemari kemuliaan Ramadhan. Tiada pula pengulas komen menegur perbuatan Mazidul ini. Seolah-olah "merestui" sahaja segala kemungkaran yang dilakukan Mazidul.
Mengapa begitu taksub dan fanatik dengan Mazidul sampai sebegitu sekali yer?

Sekarang, ADam nak tanya, dengan memuatturun gambar tersebut, apa bezanya blog dia dan Blog-blog Terlampau yang lain?
Tiada bezanya kan?

Mazidul sepatutnya sedar, selama ini dia mengecam blog-blog yang memuatkan gambar-gambar sebegini dan kini dia juga melakukan perkara yang sama. Inikah perbuatan orang yang konon-kononnya tegar menegakkan syiar Islam?

Di manakah letaknya keislaman yang selama ini GAH dikobar-kobarkannya?

Dalam blog Bersama Mazidulnya itu, penuh dengan fitnah dan kata-kata cacian, celaan, dan kata nista bersifat PENGHINAAN. Satu persoalan timbul di benak semua, sejak bila Islam MENGHALALKAN PENGHINAAN?

Mulia benarkah makhluk Allah bernama Mazidul Akmal Sidik ini?

Inikah dia orangnya yang ingin menegakkan kebenaran dalam Islam?
Nauzubillah,...Fikirkanlah sendiri!

Walau GAY camna sekalipun ADam nie, ADam langsung tidal berani mencemari kemuliaan Ramadhan yang perlu kita cari keberkatannya. Tetapi Mazidul?

ADam hairan, tidakkah TV3 selaku majikan memantau kegiatan berblog di kalangan pekerja dan kakitangannya seperti Mazidul sehingga memesongkan akhlak ini?? Tidakkah mereka mengambil tindakan?

U ols semua boleh fikir sendiri "kesongsangan" Mazidul nie. Sekiranya anda pembaca budiman ingin membuat aduan ke SKMM, ini nombor yang boleh dihubungi.
*Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM di talian 03 8688-8000.

Sebelum ini Mazidul, menulis satu entri berjudul Pramugara Mengaku Gay, khas untuk ADam tetapi dengan sengaja, memuatkan gambar seorang teman ADam di entrinya atas tujuan untuk menghina teman ADam itu.

Ini buktinya,



Selepas ADam menegurnya itu, tanpa rasa bersalah mahupun meminta maaf, Mazidul hanya menukar gambar teman ADam itu dengan gambar kaki yang diambilnya dari blog ini tanpa kebenaran.

Penuh EGOIS, Mazidul berkata akan meletakkan gambar ADam yang sebenar di situ. Sehingga entri ini ditulis, kata-kata Mazidul hanyalah UGUTAN semata-mata.

Mazidul berlagak seolah-olah tiada kesalahan dalam perilakunya. Orang Melayu(Islam?) jenis apakah yang berperangai seperti ini?

Bukankah masyarakat Melayu itu kaya dengan budi bahasa dan tatasusila? Dimanahkah adab sopannya dia selaku seorang dewasa berumur 42 tahun untuk dicontohi oleh anak-anak muda?


Dalam keratan di atas, Mazidul mendakwa kononnya ADam membuat serangan peribadi ke atasnya sedangkan entri Pramugara Mengaku Gay tulisannya terang-terangan menyerang ADam secara peribadi. Di keratan ini, Mazidul MENGUGUT akan mencari maklumat terperinci ADam. Bukankah itu UGUTAN SERANGAN PERIBADI?

Sebelum ini, dengan ANGKUHnya, Mazidul juga ada membuat UGUTAN akan membawakan hal ini ke peringkat tertinggi di tempat ADam bekerja. Adakah wajar untuk dia membuat UGUTAN sebegitu rupa? Elok benarkah perbuatannya itu?

Cuba untuk menutup kesilapannya ini, melalui entri Jangan Bakar Kelambu ini, Mazidul cuba pula 'berselindung' di sebalik komen salah seorang pengulas komentar blognya, Kapten Zaren, dengan harapan supaya ADam akan berbalahan pula dengan juruterbang wanita itu.

Cubaan untuk membela diri, di entrie ini juga, Mazidul menapis SEMUA ULASAN, dan yang pasti; komen-komen yang tidak bersetuju dengannya sama sekali TIDAK DISIARKAN. Dia hanya menyiarkan komen-komen bersekutu dengannya sahaja. Maka, akan anda dapati tiadalah komen-komen ADam ataupun sesiapapun yang sependapat dengan ADam disiarkan di situ.


Zaren menulis,..

"Adam apa ada? Kalau anda betul betul bijak, anda tidak mungkin bekerja sebagai 'pramugara', kerja ini tidak perlu ijazah atau sebarang kelayakan akademik yang tinggi (pada saya ia sama seperti kerja 'non-professional' yang lain).

Tambah lagi, jika anda betul betul bijak, dan lebih bijak daripada saudara Mazidul, anda mungkin sekarang ini bergelar 'lawyer', 'doctor' atau "managing director'.


Zaren,

Kerjaya sebagai polis, askar, bomba, dan jururawat juga tidak memerlukan sebarang kelayakan akademik yang tinggi. Adakah kerjaya mereka tidak bernilai sedangkan kerjaya-kerjaya seperti inilah paling tinggi nilai-nilai kemanusiaannya (Humanitarian Values).

Zaren, anda seorang juruterbang yang memerlukan kelayakan akademik yang tinggi, maka janganlah menulis seperti orang bodoh yang tidak bersekolah. Malah, saya berpendapat orang yang tidak bersekolah lebih bijak berfikir dan mengutarakan hujah berbanding anda.

Kepada Zaren, sudilah kiranya buktikan bahawa ADam adalah seorang pramugara. Al-hamdulillah, dengan ijazah yang ADam ada, kini layaklah ADam bergelar AKAUNTAN. Bacalah di profile ADam Dryx itu yer. Sebagai seorang juruterbang yang berkelayakan ademik tinggi, anda tentunya boleh membaca, kan?

Mazidul menempel komen anda di blognya hanyalah bertujuan supaya kita berdua bercakaran lalu kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukannya dilupai orang. Itulah cara sebenar Mazidul berblog. Andainya anda terpedaya dengannya, anda sungguh MALANG sekali.

Zaren juga ada menulis,..

Apa sangatlah hebatnya kerja sebagai 'pramugara'. Saya tidak menghina kerana saban hari saya akan bekerja dengan mereka di dalam satu kabin (pembetulan : juruterbang bertugas di cockpit, bukan di kabin. Harap maklum!) malah selalu saya menasihati mereka yang bekerja supaya menjaga keimanan dalam diri (bagi yang muslim) serta menjaga nama baik keluarga dan syarikat.

Hmm.., Zaren selaku juruterbang sepatutnya lebih tahu peranan penting yang dimainkan oleh anak-anak kapal kabin (pramugara dan pramugari) sekiranya pendaratan KECEMASAN terpaksa dilakukan.

Anak-anak kapal kabin perlu mempersiap-sediakan para semua penumpang dengan langkah-langkah kecemasan yang perlu diambil agar pendaratan itu dapat dilakukan dengan baik. Tanpa mereka, belum tentu pintu pesawat dapat di buka sewaktu kecemasan. Tanpa mereka, belum pasti ada NYAWA yang dapat diselamatkan.

Bertugas di awan biru, tanpa bantuan pegawai perubatan, anak-anak kapal kabin, pramugari dan pramugara; digaji dengan imbuhan pendapatan bernilai ribuan ringgit sebulan kerana kemahiran menyelamat mereka dalam bantuan perubatan (First Aid); TUGAS UTAMA dan PERANAN PENTING selaku Pasukan Keselamatan yang mereka mainkan di kala kecemasan. Layanan mesra yang diberikan di dalam penerbangan hanyalah tugasan sampingan. Jangan pesongkan fakta ini.

Sebagai 'polis', bayangkan sekiranya ada penumpang yang mabuk sehingga mengancam keselamatan penumpang lain. Sebagai 'askar', pernahkah terfikir andainya sesebuah kapal terbang dirampas dan anak-anak kapal dijadikan tebusan?

Sebagai 'bomba', terfikirkah anda jika dalam sesuatu penerbangan berlaku kebakaran dan sebagai 'jururawat', bayangkan sekiranya ada ibu yang terpaksa bersalin di awan biru, 40,000 kaki dari aras laut; Penumpang yang mengalami stroke dan serangan jantung mengejut. Adakah juruterbang yang akan memberikan bantuan perubatan "and render first aid" kepada mereka?
(To be sarcastic), agaknya, Zaren akan menjadi penyelamat dan melakukan semua ini kerana kelayakkan akademiknya yang tinggi selaku juruterbang.

Peranan anak-anak kapal pramugara dan pramugari amatlah besar. Untuk bertugas, mereka perlu lulus dalam peperiksaan untuk mendapatkan Lesen Keselamatan Penerbangan aka SAFETY CARD melalui kursus dan latihan keselamatan serta First Aid. Jangan sewenang-wenangnya dipandang enteng. Tidak semua orang layak untuk menjawat jawatan tersebut. Apatahlagi Mazidul, lagilah tak layak pastinya.

Tidak pernahkah Kapten Zaren menonton video keselamatan yang ditayangkan sebelum setiap perlepasan sesuatu penerbangan?

Pengumumannya berbunyi,

Sewaktu kecemasan, sila ikut arahan anak-anak-kapal untuk keluar dengan cepat dan selamat.

Terlupakah anda pengumuman itu? Oh! Maaf, anda bukan dari Penerbangan Malaysia. Sudah tentu pesawat yang anda terbangkan juga pasti tiada monitor untuk tayangan video. Hiks!~

Oh ya! Setiap wanita muslimah diwajibkan bertudung dan menutup aurat yer. Ini hukum Allah dan bukannya hukum rekaan mana-mana manusia. Maka, jika mengaku Islam maka wajiblah Zaren juga menutup auratnya yer seperti ayat "menjaga keimanan dalam diri" yang ditulisnya itu. Walaupun Zaren seorang juruterbang, tiadalah pula ada keistemewaan untuk hukum itu dikecualikan pula.

Tolonglah, janganlah hanya pandai bercakap dan berkata-kata sesedap rasa. Diri kita sendiri pun belum tentu sempurna sifatnya. Mazidul cuba menyembunyikan kesalahannya dengan berselindung di sebalik komen anda. Tanpa sedar, dia tersilap langkah. Harapkan sokong, sokong bawa rebah.

Para pembaca budiman,

Anda semua bijak menilai. Maka, diharapkan anda bijaklah membuat penilaian.
Bacalah ulasan yang terdapat di sini. Perhatikan komen-komen yang mencerca dan menghina ADam yang tertulis itu.
Adakah terlalu mustahil andai kiranya ADam katakan komen-komen tersebut datangnya dari Mazidul sendiri?

Anda tentu sedia maklum.

Benar; ADam ada membuat pengakuan bahawa ADam adalah seorang gay. Pengakuan seorang lelaki yang menyukai lelaki lain. Namun begitu, perbuatan homosexual telah lama ADam tinggalkan.

Pengakuan ini dibuat kerana ADam berpendapat, di ruang sempadan tanpa batasan ini kita amatlah perlu berlaku jujur dan kejujuran adalah lebih penting dalam menulis. Selebihnya, hanya taubat yang mendekatkan diri ADam kepada Allah yang Maha Esa.

Segalanya telahpun ADam jelaskan dalam entri Muhasabah Diri.

Islam mengharamkan kita semua mendedahkan keaiban orang lain. Banyak cara dan pendekatan lain untuk kita membicarakan kepincangan dalam kehidupan tanpa melampaui batas dan norma-norma kemasyarakatan.

Dihantui setiap kesalahan dan kesilapannya membuatkan Mazidul kekeringan hujah lalu dia menulis pula entrinya bertajuk Tegur Dia Kali Terakhir. Menulis mengikut kata hati tanpa memikirkan kesan dan akibat perbuatannya itu, Mazidul meminta pembaca entri tersebut datang ke sini dan menegur ADam. Disertakan sekali pautan blog ADam ini di entri itu. Kesannya, terdapat pembaca yang melontarkan kata-kata cacian dan makian di sini.

Mazidul sudah berkeluarga dan pastinya amat menyayangi keluarganya. Kes penceraiannya pernah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar Malaysia. Begitu juga dengan kes dadah. Gempar seluruh negara. ADam percaya pada KARMA, andai kita menjolok sarang tebuan setiap hari, matinya terjatuh dalam telaga jua akhirnya.

Ingatlah pada orang yang tersayang. Mereka yang akan menanggung akibatnya. Dalam Mazidul berblog tanpa etika, anak bininya, BIRAS, mertua dan keluarga, turut dicaci jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Bila itu berlaku, segalanya mungkin sudah terlambat.

P/S : ADam terfikir juga, Mazidul Akmal Sidik memang sudah dikenali, dan telahpun ADam buktikan sebagai seorang yang HOMOFOBIA, PREJUDIS yang PENGAMAL DISKRIMINASI yang extreme. Bacalah blognya yang dipenuhi entri dan komentar berbaur FITNAH, HASUTAN MEMBENCI dan ADU-DOMBA. Komentar-komentar seperti itu sepatutnya ditapis dan tidak disiarkan tetapi komentar seperti itulah yang menjadi pilihannya untuk mensensasikan lagi tulisannya.

Mungkin ada yang menegur tulisan-tulisannya itu tetapi andaikata dengan bongkak, angkuh, riak dan sombongnya komentar/ulasan itu TIDAK DISIARKAN, siapalah yang tahu,...

KAN!!!??

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 57 Comments ]

KREDIBILITI MAZIDUL AKMAL SIDIK, SELAKU PENERBIT EKSEKUTIF 360 YANG HOMOPHOBIC DIPERTIKAI!


Kredit kepada blog Sensasi Seni, keratan di atas ini kisah hampir setahun yang lalu, dan kini kisah ini berulang lagi. Pendedahan 360 hampir setahun lalu gagal memberikan fakta sebenar dan malangnya selepas setahun, masih tetap gagal. Kredibilitinya tetap dipertikaikan!

Bismillahirahmanirrahim,...

YA ALLAH YA TUHANKU, AKU BERMOHON KEAMPUNAN DARIMU. JAUHILAH AKU DARI SIFAT HASAD DENGKI DAN FITNAH. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MELINDUNGI!

Amin!

Assalamualaikum,...
Salam sayang u ols,...

Di blog ini, ADam ambil pendekatan BERDIAM DIRI terlebih dahulu. Tiba masanya barulah ADam bersuara. Walau bagaimanapun, para pembaca yang budiman sekalian, ADam alu-alukan anda meninggalkan ulasan/komen di entri ini.

Sebarang ulasan/komen anda amatlah ADam hargai.

Cuma satu yang ADam pinta, gunakanlah bahasa yang baik, mempunyai struktur ayat dengan gaya bahasa yang sopan. Pendek kata, sejuklah hati ADam apabila ADam membaca komen-komen tersebut.Apabila sejuk hati ADam membacanya, pasti tergerak jari-jemari ADam ini untuk membalas semula semua komen-komen yang diberikan.

Sebagai orang Islam,kita juga disarankan bertutur dengan menggunakan ayat dan perkataan yang baik-baik. Hanya manusia cetek akal dan tidak bermoral di zaman jahiliyah sahaja yang gemar berbicara kasar dengan mengeluarkan kata-kata kesat, cacian dan makian. Fikirkanlah.

Kepada semua,

Ingin ADam memaklumkan bahawa Mazidul Akmal Sidik telah memberikan maklumat yang salah dan terpesong di dalam blog Bersama Mazidul - Perkongsian saat suka duka hidup di dalam entri "Pramugara Mengaku Gay" dan "Jangan Bakar Kelambu".
Maklumat yang tepat ada terdapat di dalam info About Me - My Profile ini.

Kalau mengikut apa yang tertulis di dalam profile ADam ini, ADam adalah AKAUNTAN dan bukannya PRAMUGARA. Dimana Mazidul membuat andaian mengatakan ADam adalah Pramugara, tidak lah ADam ketahui. U ols semua mintalah Mazidul berikan penjelasan,..

*ADam hairan mengapa Mazidul masih belum memuatkan gambar ADam di entri "Pramugara Mengaku Gay" tulisannya pada Ogos 20, 2009, seperti yang diagah-agahkannya. Takut benarkah dia ADam membuat aduan ke balai polis dan SKMM sehingga mengheretnya ke mahkamah di bawah AKTA HASUTAN DAN FITNAH?

Kata berani kerana benar, so takut kerana salah ke?


Perhatikan, mengelak daripada membela diri kerana telah memberikan fakta dan maklumat yang salah, Mazidul cuba "berselindung" disebalik ulasan yang diberikan oleh Zaren, pembaca blognya.

Mengapa dia tidak bangkit membela dirinya dengan menggunakan ayat-ayat dan hujah-hujahnya sendiri? Adakah dia takut tersalah beri fakta lagi?

Perlu ADam mengingatkan, HUJAH DENGAN FAKTA YANG SALAH ADALAH PANDANGAN JAHIL PERIBADI SEMATA-MATA!

Harap maklum.

Sudilah kiranya pembaca yang budiman menjawab 2 persoalan berikut di ruangan komentar,

Soalan 1,
Sekiranya ulasan-ulasan ADam bagi memperjelaskan fakta sebenar tidak disiarkan di blog Bersama Mazidul, apa perlukah lagi untuk ADam "bertamu" dan menulis ulasan di sana?

Soalan 2,
Sekiranya, seseorang wartawan terkenal dan berpengaruh, juga merupakan PENERBIT EKSEKUTIF sebuah rancangan popular 360, di siarkan si stesen televisyen sebuah syarikat penyiaran gergasi terkemuka di Malaysia, yang juga mempunyai jumlah pengikut blog berdaftar hampir mencecah seramai 500 orang, SECARA TERANG-TERANGAN MENUNJUKKAN SIFAT HOMOPHOBIA YANG TEGAR, lalu MEMBERIKAN MAKLUMAT PALSU DAN TERPESONG DARI MAKLUMAT SEBENAR, maka siapakah yang paling layak menilai kredibilitinya?

Dimanakah letaknya ETIKA KEWARTAWANAN individu itu?
(ADam maksudkan hanya Mazidul seorang,... bukannya ramai pun!)

:)

ANDA; selaku pembaca-pembaca di kalangan bloggers budiman, adalah yang paling layak menjawab persoalan yang ADam kemukakan ini.

Syabas untuk anda.



Sebuah entri khusus UNTUK ADAM nukilan Mazidul Akmal Sidik
Gambar yang terpampang SAMA SEKALI adalah bukan gambar ADam.
Harap Maklum!
Untuk menutup keaiban insan tertentu, telah ADam hantar komen di bawah ini di ruangan komentar. Komen ADam berbunyi,..

ADam Dryx berkata,

Assalamualaikum Sdr Mazidul, izinkan saya tumpang bertanya..

Tuan,
Saya tidak dapat memahami perbuatan Tuan ini. Sila jelaskan..

Tuan menulis entri ini untuk menghina saya. Tetapi, mengapakah Tuan meletakkan gambar rakan saya di entri ini? Adakah Tuan ingin mengaibkan dirinya?

Perbuatan Tuan sungguh kurang sopan. Apakah kesalahan teman saya itu terhadap Tuan?
Benci benarkah Tuan kepadanya?

"Marahkan nyamuk mengapa harus kelambu dibakar?"

Seandainya ada kesalahan dilakukan teman saya itu terhadap Tuan, saya berharap benar Tuan memaklumkan di sini. Jika terbukti beliau bersalah, tanpa segan silu saya pasti, dia akan bermohon kemaafan dari pihak Tuan.

Tetapi perbuatan Tuan menganiayainya amatlah tidak dapat saya terima. Berdosa besar lagi maha dahsyat!


HE DESERVES AN EXPLANATION FROM YOU, SIR! YOU OWE HIM AN APOLOGY!

Jika Tuan memang benar ingin mengaibkan dirinya. Saya berdoa bermohon pada Yang Esa agar saya tidak terlibat sama bersubahat.

Nauzubillahil min zalik!
Jumaat, 2009 Ogos 21 05:36:02 MYT


Malangnya,
KOMEN INI TIDAK DISIARKAN!

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 16 Comments ]

Assalamualaikum,..
Salam sayang u ols,...


Mazidul Akmal Sidik menentang hebat perlakuan liwat/menduburi. Beliau berpegang pada ajaran Islam yang mengharamkan liwat. INI BENAR.

Sama sekali tidak ADam sangkal.

Namun,...

Kalau Sdr Mazidul tidak dapat menerima perbuatan liwat dan berkata liwat itu salah, mengapa beliau hanya berbicara perihal lelaki yang meliwat lelaki?

ADam musykil mengapa tidak Mazidul menyentuh mengenai lelaki yang meliwat/menduburi wanita dalam blog Bersama Mazidul dan paparan 360 malam tadi.

Dalam rancangan yang disiarkan malam tadi, terdapat seorang responden bernama Mimi yang telah bersuamikan lelaki homoseksual bernama Wan. Walaubagaimanapun, wanita ini mengambil keputusan berpisah dengan suaminya apabila mendapat tahu perlakuan songsang suaminya itu. Satu soalan penting yang gagal/tidak ditanya wartawan 360 ialah, pernahkah suaminya itu mengajaknya melakukan perbuatan liwat antara mereka berdua.

360 ingin mendedahkan perbuatanliwat dikalangan lelaki homoseksual tetapi mengapa pula tidak diceritakan mengenai lelaki yang meliwat wanita?

Tak kiralah, samada sang suami yang meliwati si isteri, itu tetap salahkan?

Apakah LELAKI YANG MELIWAT WANITA berbeza sama sekali dengan perlakuan songsang homosexual dan di"halal"kan perlakuannya?

ADam mohon penjelasan,...

p/s : Mazidul cakap ADam pro-gay. Pastinya, Mazidul homophobic.
(Bukankah dari awal sudah ADam jelaskan siapa diri ADam yg sebenar?).

Sebagai rujukan, ADam lampirkan bersama komennya di blog Bersama Mazidul di bawah entri posting "Gay Bunuh Diri 5 Kali".

Mazidul Akmal Sidik berkata...
AnakMerdeka, saya ringkaskan pandangan saya berhubung gay.

Selagi mereka melakukan hubungan seks menggunakan dubur, asshole, itu salah. Bukan saya mengeluarkan hukum, itu hukum termaktub dalam Islam. Degil, terus melanggar hukum Tuhan, mereka akan menjawab di kemudian hari, alam akhirat.

Jika gay bukan Islam, saya percaya ugama mereka anuti juga TIDAK merestui perlakuan sama.

Tanggungjawab saya memperingatkan mereka. Jika tidak didengar, tanggungjawab sebagai manusia ciptaan Allah telah saya laksanakan. Dari segi teguran, saya tidak memilih bulu, it goes to everyone.(*Katanya!~ Ini statement prejudis. Mana teguran buat lelaki yang meliwat wanita?)

Saya menulis berhubung gay di blog ini, pada masa sama saya menggunakan media untuk menjelaskan isu berhubung perhubungan songsang (Kejap! Soalan! Bagaimana pula tentang lelaki meliwat wanita? Tak songsangkah?). Biarpun sebilangan kurang bersetuju, itu usaha saya memperingatkan golongan terbabit.

Jika ada mengaku gay dan mendakwa tidak terbabit dalam hubungan seks di luar tabi'i, bagus. Terus panjatkan doa kepada Allah, semoga mereka dilindungi.

Kepada gay masih dibuai dan melempiaskan nafsu songsang, saya berharap mereka cuba berhenti.

I rest my case.

Khamis, 2009 Ogos 20 00:20:00 MYT

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 2 Comments ]

Salam sayang u ols,...

Hujah tanpa fakta adalah rungutan,
Tuduhan tanpa fakta adalah fitnah,
Fakta tanpa fakta cumalah andaian;
Debat tanpa fakta.....?

Adakah itu Perbincangan?
Atau hanya Keluhan?

:)

(Jawablah sendiri lah yer,..)

P/s : Kalimah ini diberikan oleh seorang teman "Saya tak suka makan kerang, saya lebih menggemari pisang... Silap makan kerang boleh kena penyakit Hepatitis B, akan tetapi pisang mempunyai zat potassium yang tinggi."

Macam tulah kalau orang dah tak suka dan kita tak boleh nak paksa-paksa. Pasti akan ada saja jawapannya. Maka,redha saja. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

:)

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 8 Comments ]

Salam sayang u ols,...

Al-hamdulillah ADam selamat mendarat di KLIA pada pukul 7.20 pagi tadi. Penerbangan selama 12 jam amat meletihkan. Tapi inilah yang dinamakan rezeki maka bersyukur sahaja :)

Rome terlalu panas, suhu mencecah sehingga 39 darjah celcius. Takut nanti jatuh sakit so Adam tak berani keluar berjalan-jalan. Ini gambar-gambar ADam rakamkan sepanjang perjalanan ke Leonardo Da Vinci - Rome International Airport.

P/S : Program 360 ditayangkan sewaktu ADam dalam penerbangan pulang nie. So blom berkesempatan menonton lagi. Insya-allah, berikan sedikit masa untuk ADam menontonnya.
Perlu ke agaknya menonton 360 malam nanti??

                                                    


Puan Asilah, gambar-gambar ini untuk tatapan anda.

Saya doakan semuga suatu hari nanti, Puan juga akan menjejakkan kaki ke bumi Roman ini.
Insya Allah.
Amin.

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 10 Comments ]

Salam sayang u ols,...

Kepada yang keliru, ADam harus menerangkan supaya kita lebih memahami antara satu sama lain.

Untuk kefahaman semua, dengan ayat mudah saya terangkan, apabila seseorang lelaki itu mempunyai naluri sukakan lelaki secara sexual, terdorong untuk melakukan hubungan sejenis; dia tergolong dalam golongan gay.

Bercakap mengenai kecenderungan sexual (sexual-orientation), saya simpulkan,..

Jika seseorang lelaki itu terdorong untuk melakukan hubungan sexual dengan lelaki sahaja dan tidak berminat terhadap wanita, itu homosexual.

Jika lelaki itu berminat secara sexual terhadap lelaki dan wanita, itu bisexual.

Jika lelaki itu hanya berminat terhadap wanita yakni berlawanan jantina itu heterosexual.

Ini tiga klasifikasi yang biasa kita dengar di Malaysia. Namun, ada beberapa lagi klasifikasi yang ingin saya kongsi bersama iaitu,..

Asexual, Polysexual dan, Pensexual.
(Sila klik untuk bacaan lanjut.)

Berbalik kepada golongan gay ini, saya permudahkan lagi terbahagi kepada dua iaitu golongan satu dimana mereka gagal mengawal nafsu serakah meraka dan golongan dua yang sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari perbuatan yang mungkar.

Golongan satu, seperti yang dapat kita lihat di mana-mana, hidup berpaksikan dunia dan nafsu semata-mata.

Golongan dua lebih bersifat "low profile", memohon keredhaan Ilahi dan berusaha sentiasa memperbaiki diri dan mencapai yang terbaik di atas kekurangan dirinya (yakni dilahirkan dengan naluri sukakan lelaki)

Walau bagaimanapun,kedua-dua golongan gay ini adalah makhluk yang diuji Yang Maha Esa.

Samada mereka mampu menempuh ujian ini bergantung kepada akal fikiran yang dikurniakan Allah kepada mereka.(Rujuk semula kisah asal usul kejadian Nabi Adam a.s dan kekhuatiran para malaikat)

Di ketika ini, saya tergolong dalam golongan dua. Setiap hari, saya bermohon kepada Allah s.w.t supaya mengelakkan diri saya terjerumus daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji lagi mungkar. Minta dijauhkan.

Saya sendiri setiap hari bermohon agar naluri saya beralih menyukai wanita, diberkati,diredhai dan dirahmati. Namun, paling utama, saya perlu jujur pada diri saya sendiri. Itu faktor utama untuk memperbaiki kelemahan diri saya ini.

Saya harus menerima diri saya ini seadanya, dicipta serba kekurangan dan tidak sempurna.

Nampaknya inilah ujian Allah yang Maha Esa terhadap saya dan saya redha dengan ketentuan-Nya.

Kita tidak boleh meletakkan label di antara sesama kita manusia. Itu judgemental namanya. Kamu gay dan aku str8 adalah salah sama sekali kerana sesungguhnya perbezaan antara kita adalah bergantung kepada akhlak, akidah, dan amal-ibadah kita.

Bukankah kita semua disarankan agar senantiasa berbaik sangka sesama kita?

Saya percaya, pelacur yang menjaga akhlak dan akidahnya adalah lebih baik daripada wanita bertudung cakap berbelit yang menabur fitnah setiap hari.

Saya juga percaya golongan gay yang taatsetia pada ibubapanya, mengelak daripada menderhaka adalah seribu kali lebih baik berbanding mat rempit pelesit jalanan yang mencalar maruah keluarga.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah, kita perlu melihat kepada akhlak, pekerti dan akidah setiap insan itu tak kiralah samada lelaki normal, gay mahupun tidak dapat ditentukan jantinanya. Bukannya melabel dan memberikan taraf mulia atau hina padanya.

Wallahualam.

P/s : Saya antara manusia yang sentiasa mencari keredhaan Ilahi. Andai ada kekhilafan saya, saya mohon diperbetulkan.


ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 5 Comments ]

Salam sayang u ols,...

Ada satu seloka di blog Puan AsilahMuhajer perihal aurat wanita yang menarik perhatian ADam untuk kongsikan di sini.

Kepada Puan Asilah, izikan saya mengulangi seloka itu di sini yer, untuk tatapan semua.

Ada dua seloka yang indah ADam baca di sana. Ikutkan hati nak letak dua-dua sekali tapi umpama tamak pula. Jadi, apa kata u ols click di sini.

Seloka ini sindirannya halus dan telus. Sesuai dengan cara kita orang melayu yang terkenal dengan adab dan sopan :)


Tutup aurat adalah satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib ditekankan,
Kalau tidak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tidak perlu pun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tidak berani mengorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pula boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilakhnat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang cantik bila dipandang,
Lengan pendek tetapi bertudung,
Kelihatan seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Amatlah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia menjawab: fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda lelaki sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilakhnat tiada guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah berpadan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia akan melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian si lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang lelaki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa ditayangkan jambul,
Kecantikan tidak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tidak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah berniat jahat,
Cuma ingin memperingat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau ingin ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh, ubahlah diri,
Benda yang baik tidak perlu diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak bila wanita diperli,
Keluarga kita tidak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok anda mulai.


p/s : Suka sekali ADam tujukan seloka ini kepada Puan Rasella aka Konjer Koya.
Selamat berseloka.


ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 6 Comments ]

Salam sayang u ols,...

ADam sampai di Rome pagi semalam hari Ahad, Aug 16th. Suhu masa sampai just nice, 20 darjah celcius. Pagi lagi masa tu.

Disebabkan penat sangat, tidur dalam bilik saja. Penat sangat.

Sekarang nie Isnin, Aug 17th. Pukul 3 petang. Suhu?
32 darjah celcius... Panas gila. Nasib baik tak kuar g jenjalan, kalau tak mesti sakit nanti.

Well, kita lihat gambar2 permandangan dari bilik jer lah... Petang nanti bila sejuk sikit ADam jalan2 sekitar hotel pula.

Klik sini dan sini untuk cerita lawatan Rome tahun 2007.

           

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 29 Comments ]

Salam sayang u ols,...

ADam terbaca komen ini,...

KONJER KOYA berkata...
time kasihhhhh cik adam....muahhahahhahahaha
..sampai post gambar yer..hehhehehe

cik adam bila lagi nak dapat bakal isteri?..
tp biala isteri tu ponpuan ye....

Sabtu, 2009 Ogos 15 09:34:00 MYT

Lalu ADam reply,..

Puan Rasella (Konjer Koya)
Saya lebih rela hidup membujang daripada beristerikan perempuan gedik seperti Puan Rasella.

:)


Seperti yang diagak, komen ADam ini tidak disiarkan. Bias.

Ahaks. Kelakar pun ada dan nak tergelak pastinya.
Sedihlah nampaknya kamu sebagai manusia mencari keredhaan Allah.

Siapa itu Konjer Koya?

Email : gadis_antu@yahoo.com
Nama : Rasella binti .......
Umur : 25 tahun.

Mari kita lihat gambar-gambarnya....


Manis gambar bertudung tetapi perhatikan baik-baik...
Pakai tudung, tutup kepala dan rambut; tapi baju ketat berlengan pendek??? Camna tu??
Mazhab tutup aurat yang mana lah agaknya dipakai?

Bagaimana pula gambar di atas batu mandi sungai dedah aurat itu?
Apalah tujuan gambar-gambar kurang manis tu di upload di internet agaknya? Pada perasaannya elok sangatkah gambar yang mempamerkan betisnya itu?
Gambar2 tak tutup aurat tu sepatutnya simpan tunjuk tatapan suami jer.
Upload di internet nak tunjuk kat siapa?

Aneh sekali perempuan nie. Inilah dinamakan gedik. Kalau bab mengomen orang lain siap sentuh suruh jumpa Tuan Guru Nik Aziz lagi. Diri sendiri?
Nauzubillah..

Tak percaya?
Tanpa bukti nampak macam ADam sengaja mereka ceritakan?

Baiklah, tengok komen ini,...
"hhhehhehe...
deme kene tobatlah sherita wehhh...org bagi nasihat xmboh dengor...
siang ke mung sherita..
gi jupe tok guru nik aziz tuh..mum kang dekat nge ye...
mintok tunjuk ajor sket..dr ye..
sherita tetap sherita....xkan
beruboh.....sapa kematilah mung gitu..dohla dose dok mayang,,dose main laki pun ade gopp..siang ke mu heh"

July 31, 2009 1:00 PM


dan

"heheheheh femesnye iiiiiii,,,sye x menghentam pun ,,,blog i x delete pun..ado lagi...buat apo delete akak heh..xtakut pun...
apo salohnye pegi jumpe tok nik aziz,,sye pun kalu diberi peluang nak jugak berjumpe dengannya..
kpd pengkid,,saye xsongsang pun....sye st8..sye ikut naluri sye yg betul...alhamdullilah
huh buat sherita,jgn le melenting sgt,,kate u kuat..dr segi mental...dan fizikal...so tabah la ye...setakat jumpe tok nik aziz apo nak takut..lain le nak bertemu dengan allah bile mati kan..takut le jugak..ok sherita..kuatkan hati mu..cewahhh alallalala"

July 31, 2009 4:35 PM


Adoilah, camni ke perempuan melayu mengeluarkan kata-kata?
Dimana letak luhur budi pekerti dan sopan tatasusila berbicara?

Kita kan, kalau nak mengajak orang bertaubat nie, kenalah ukur baju di badan sendiri. Kalau baju dah ketat singkat, kain pun terlondeh.. perbetulkan lah diri sendiri terlebih dahulu.

Perempuan gedik bernama pena Konjer koya nie, secara fizikalnya elok,... Wajahnya tidaklah buruk. Cuma CARA dia menulis komen-komen dia blog orang lain itu mempamerkan kecetekan akalnya. gaya bahasa yang digunakannya amatlah kurang sopan, sama sekali tidak sesuai dengan kesopanan wanita Melayu. Dia sama sekali tidak menghormati adat bertandang ke blog orang tanpa diundang.

Cuba u ols semua baca apa yang tertulis kat chattbox blog nie. Siap dengan ugutan lagi!
Apalah salahnya kalau dia cakap baik-baik?

Ini yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ADam dan teman-teman.

Kalau di Facebook, cuba u ols taip "Konjer Koya" dan hasilnya,..


AIKS!! MANA PERGINYA TUDUNG KAMU???
Apa kes??
Sudah bertukar menjadi yahudikah kamu??
Sila jawab sendiri :)

Dan yang penting,...

Disebabkan dengan bongkak pompuan gedik nie kata apa perlu dia delete blog, dia tak takut, mari kita terjah blog dia...

AHAKS!~
ADA MASALAH JIWA DAN MENTAL RUPANYA...
Patutla....

Hahhahah!~
(I think I've made my point!)

ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


| 13 Comments ]

Salam sayang u ols,...

ADam tak tahu camna nak huraikan maksud homophobia dalam bahasa melayu formal. Tapi, dengan kata mudah phobia kepada golongan gay dan perilaku mereka.

Di Malaysia, memang masih lagi ramai yang homophobia. Mungkin sama ramai dengan golongan gay tu sendiri.

Orang yang tergolong dalam golongan homophobia pada hemat ADam adalah lebih sesuai bercerita mengenai homophobia nie sepertimana golongan gay lebih arif bercerita berkenaan tentang gay.

Jadi bila 360 berura-ura nak bercerita mengenai gay lagi, ADam rasa adalah lebih baik jikalau mereka mengupas isu homophobic. Bercerita mengenai homophobic, mereka masih lagi boleh menyentuh mengenai golongan gay dan perilaku songsang. Apabila isu homophobic dikupas, mereka berbicara mengenai suatu yang mereka lebih fahami.

Bukankah itu lebih baik?

Adalah lebih bijak bercakap mengenai sesuatu yang kita lebih tahu daripada bercerita sesuatu yang kita sendiri pun keliru.

Update:-

Selepas siaran 360 semalam, ada pelajar kolej di Perak mengaku gay menelefon Saudara Mazidul untuk berkongsi pengalamannya menjadi gay.

Itu serba sikit punca 360 ingin mengupas lagi kisah gay Terlampau.

I can't help but to wonder, apakah faedah yg bakal diperolehi apabila melayan budak hingusan blom abis sekolah yang gila glamer...

Entahlah. I'm speechless.


ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"