| 0 Comments ]


    FABRIK warna putih sering menjadi pilihan pemilik kediaman untuk menghias bilik tidur kerana ia melambangkan kebersihan, kesucian dan kemurnian. Warna itu juga senang dan sesuai untuk digandingkan dengan apa juga warna perabot jika dijadikan pilihan.

    Jika diperhatikan kebanyakan hotel atau rumah rehat menggunakan cadar, tuala dan alas meja putih kerana ia mampu membangkitkan suasana tenang dan harmoni.

    Namun, tidak ramai sukakan warna ini kerana ia cepat kotor dan susah dijaga tambahan pula jika mempunyai anak yang sedang membesar. Di sini beberapa panduan bagi menjaga fabrik putih supaya sentiasa bersih dan berseri.

    • Cuci fabrik putih berasingan dengan pakaian berwarna dalam air suam dengan putaran sederhana jika menggunakan mesin basuh.

    • Gunakan hanya separuh daripada sukatan serbuk pencuci yang dicadangkan untuk menghalang kesan kerosakan fabrik pada jangka masa panjang.

    • Elak menggunakan peluntur berasaskan klorin untuk fabrik putih kerana ia akan melunturkan warna sebenar fabrik. Ia boleh merosakkan jalinan fabrik.

    • Asingkan mengikut jenis fabrik. Jangan cuci linen daripada kain kapas bersama cadar jenis polyester.

    • Basuh kain sebelum digunakan untuk kali pertama untuk melembutkan fabrik bagi mendapatkan keselesaan.

    • Untuk memanjangkan hayat fabrik bilik tidur, sediakan sekurang-kurangnya tiga set cadar dan gunakan secara berselang-seli, satu digunakan, satu dibasuh dan satu set bersih tersedia dalam almari.

    • Jangan perap cadar yang dibasuh dalam mesin basuh.

    • Jemur segera sebaik ia selesai dicuci untuk mengelakkan ia daripada berkedut.

    • Jemur di bawah pancaran matahari kerana cahaya terik adalah agen pemutih fabrik semula jadi.

    • Jika cadar berkedut, tambahkan secamca besar cuka masakan dengan air. Semburkan campuran ini pada cadar untuk memudahkan kerja menggosok.
ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"

0 Comments

Catat Ulasan