| 0 Comments ]


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualaikum,...
Salam Sayang U ols,...

Camane nak kawal perut buncit?

Firstly, memang there is no short cut but kenapa perut jadi buncit? Kenapa bukan bahagian lain?

Jika makan berlebihan, badan tiada pilihan melainkan simpan makanan berlebihan itu sebagai lemak…tidak kira makanan berlebihan itu daripada lemak, protein ataupun carbohydrate tempat simpanan lemak badan terpulang kepada genetics & also jantina.
Bagi lelaki biasanya tempat utama adalah perut..manakala untuk perempuan di bahagian thighs, pinggang.

Jadi, nak buat camane?

For me ada 2.5 pilihan. and its all about kalori. kalori adalah sumber tenaga badan dan makanan.

Pastikan makanan/tenaga masuk (calorie in) tidak melebihi tenaga keluar (calorie out. Tingkatkan semanan yg akan meningkatkan jumlah pengunaan tenaga (kalori out) 2.5 – Supplement, seperti fat burners bole membantu untuk tingkatkan metalosima badan…dengan itu is akan tambah kepada jumlah kalori keluar. But hanya disyorkan pengunaan fat burner sekiranya ada dapat mengawal pemakanan dan semanan dengan baik.

Nota: seperti mana simpanan lemak badan ditentukan oleh genetics/jantina. Maka sama dengan pembakaran lemak. Ia ditentukan olh genetics juga. Kita tidak bole spot reduce fat semata2 but di mana badan lebih gemar menyimpan lemak, di situlah ia akan dibakar terlebih dahulu.

Ramai yang mengeluh bila perut dah maju ke depan. Selain senaman perut, berikut adalah tips yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan perut buncit

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, kita sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh, kerana ketika kita menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Selain itu, cara yang paling sesuai untuk kempiskan perut adalah dengan olahraga, aerobik, berlari atas treadmill dan juga beberapa latihan kardio untuk mempercepatkan proses kempiskan perut. Tetapi bagaimana dengan sit up? Sit up sememangnya penting tapi sebenarnya fungsi utama sit up adalah untuk mengencangkan otot di bahagian perut.

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urine.

Setiap kali melakukan exercise, latihan perlulah konsisten iaitu contohnya 3 set bagi setiap latihan dengan 20 ulangan bagi 1 set. Kalau larat, jangan hanya tumpu pada satu latihan saja dan perlu saya ingatkan, jangan mudah mengalah apabila badan mula terasa sengal-sengal. Semakin terasa perit, semakin kencang otot anda bekerja.

P/s: Jangan lupa untuk memantau keperluan kalori harian anda bagi result yang maximum plus sewaktu latihan banyakkan minum air mineral daripada sport drinks!


ADam Dryx
"Lesung Pipit di Pipi Kanan"


0 Comments

Catat Ulasan